Ads 468x60px

Saturday, September 29, 2012

PERNIKAHAN SEBAGAI SATU IBADAH




Amal ibadah bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja. Perkahwinan juga merupakan suatu ibadah kepada-Nya. Nafsu syahwat atau naluri seks adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sebab itu ia tidak perlu dibuang atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan dengan sebaiknya. Perkahwinan adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin di kalangan manusia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud. “Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”
Hukum berkahwin terbahagi kepada empat iaitu wajib, haram, sunat dan makruh. Wajib ialah apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika dirinya akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”
Hukum sunat apabila seseorang yang mempunyai kemampuan dan kesanggupan dan sanggup pula memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang. Sabda baginda lagi, “Kahwinilah olehmu wanita yang bersifat penyayang dan subur maka sesungguhnya pada hari Kiamat kelak aku bermegah-megah dengan banyaknya bilangan kamu (umatnya).”
Hukum makruh pula aabila seseorang yang tidak mampu dari segi zahir dan batin. Manakala menjadi haram apabila seseorang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi akan menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti seorang lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram.
Sumber: http://www.islamituindah.my/

D'CROMOK ~ VII YEARS VII DAYS


Kumpulan D'Cromok ditubuhkan oleh Din, salah seorang ahli asal kumpulan Cromok 1987 semasa menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia. Huruf 'D' pada pangkal perkataan Cromok sebenarnya bermaksud Din, dan Cromok merupakan nama kumpulan asal yang disertainya dahulu.
Apabila Din menamatkan pengajian, atas sebab-sebab peribadi dia telah menubuhkan Kumpulan D'Cromok sendiri dan tidak terus bersama kumpulan Cromok.


Kumpulan D'Cromok dan Din telah merakamkan album bertajuk 'VII Years VII Days' bersama Valentine Records pada tahun 1995. Dalam Album itu, dia berganding dengan Muhammad Syahmi dari Muar,Johor.
Din bertugas sebagai jurutera di Petronas Kemaman, Terengganu kemudiannya jatuh sakit dan meninggal dunia akibat demam malaria. Maka berakhirlah riwayat Din dan D'CROMOK.
Klik DISINI untuk muat-turun lagu D'Cromok

Tuesday, September 25, 2012

CROMOK ~ FOREVER IN TIME




Cromok merupakan sebuah kumpulan rock metal Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada 1986 (pra-Cromok) sebagaikan memenuhi masa lapang dengan Nik Ramzee dan Che Adnan sebagai ahli awal dan apabila Miji dan Mat Puck menyertai mereka, mereka menjadi lebih serius lalu menamakan kumpulan mereka Cromok pada 1987. Mereka adalah terdiri dari empat orang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia. Ahlinya terdiri daripada dari kiri Sam (Vocalist+Bassist), Karl (Guitarist) ,Miji (Drummer) dan tidak lupa juga arwah Din (Vocalist+Guitarist).
Sekembalinya ke tanahair, tiga dari mereka kecuali arwah Din yang masih belum tamat pengajian telah menandatangani perjanjian dengan Valentine Records dan telah mengedarkan album Image of Purity yang dirakamkan sewaktu mereka masih berada di luar negara. Walaupun peminat muzik tanah air masih janggal dengan lahirnya sebuah band trash metal, album tersebut mendapat sambutan menggalakan sehingga terjual lebih 70,000 unit. Lagu 'Metallurgical' yang mengabungkan intro lagu tradisional 'Ulek Mayang' menjadi lagu paling menarik dan digilai peminat ketika itu.
Cromok kemudiannya menyertai EMI Record pada tahun 1993 bagi mengembangkan lagi sayap mereka. Album Forever In Time merupakan album paling berjaya Cromok dan terjual melebihi 100,000 unit. Album ini disifatkan lebih kepada metal kemelayuan.
Cromok seterusnya mengeluarkan album Yours Truly (1996)Mean, Meaner, Meanest (1999), Re-release Image of Purity(2000)What's Left (2000)Deafening Silence (2002)Engrave in Eternity (kompilasi 2003)Untitled (2004)Untitled + raw (2005) dan The Great : Metal Manifest (2006).
Namun, pada tahun 2001 dengan rasminya Karl telah menarik diri dari menganggotai Cromok atas masalah kerjaya dan keluarga. Pengganti Karl pula bukan calang-calang gitaris tetapi Hillary Ang yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam muzik. Hillary pernah menyertai kumpulan SEARCH dan menjadi pemuzik undangan bagi artis ternama yang lain. Beliau sebenarnya telah bekerjasama dengan Cromok sejak album Mean, Meaner, Meanest tahun 1999. Hujung tahun 2006, Hillary kembali menyertai Kumpulan Search.
Klik DISINI untuk muat-turun lagu Cromok berserta dengan lirik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...