Ads 468x60px

Friday, November 23, 2012

KEPENTINGAN SEO PADA BLOG TRAFIK RENDAH


Salam semua kenalan atau bukan kenalan..

Rupa-rupanya ada lagi blogger yg tidak tahu betapa pentingnya masukkan blog atau website ke dalam search engine. Cuba anda search nama blog anda melalui Google Search Engine, ada tak tersenarai? Kalau tidak itu masalah besar tapi kalau tersenarai tu bagus la cuma yang masih belum tahu, jom baca apa itu SEO dan kepentingan SEO untuk blog yang kurang trafikRugi kalau malas baca!!
SEO
Search Engine


Ok, cuba tanya dan jawab "Bagaimana untuk memasukkan blog ke dalam search engine?" dan satu lagi "Kenapa kena masukkan blog ke dalam search engine?".

Ketahuilah pada masa kini Google telah menguasai search engine di seluruh dunia mengatasi Yahoo, Bing, MSN, dan sebagainya. Semua pengguna internet boleh dikatakan 99.9 % gunakan Google Search Engine sebagai sumber untuk mencari maklumat. Jadi sangat penting untuk anda masukkan blog anda atau artikel anda ke dalam search engine. Tapi ada caranya.

Sebelum anda bina satu blog atau website, pertama sekali anda kena tahu apa kehendak pengguna internet? Gosip? Cari produk? Atau cari tips seharian atau tutorial melakukan sesuatu benda berkaitan teknologi atau bukan teknologi? Itu adalah contoh.

Jadi, jika anda mempunyai blog atau website yang menjual sesuatu produk, adalah amat penting sekali untuk memastikan blog tersenarai dalam search engine (dalam top 10 dalam search engine result). Apabila blog anda dikedudukan atas, ini bermakna semakin ramailah pengungjung atau pelawat yang melawat blog anda (meningkatkan trafik blog serta merta) dan semakin larislah jualan produk anda. 

Jadi, janganlah bina blog setakat nak cerita pasal lembu, kucing atau kura2 belaan anda. Takde maknanya nak dapat kedudukan tertinggi di SEO. Kalau boleh anda kena mendahului blogger lain dalam pemilihan artikel seperti isu semasa. Anda kena alert dan pantas menyiarkan sebarang artikel terbaru.

Lagi penting memasang meta tag pada blog. Nak tahu caranya? Cara ini adalah cara blogger2 yang dah popular. Tunggu entri selanjutnya saya akan ajar dengan lebih jelas berkenaan SEO. Jadi mungkin sehari selepas saya update entri ni saya akan ajar bagaimana memasang meta tag pada blog untuk memudahkan search engine mengesan entri blog anda.

jadi sila bookmark blog saya kalau lupa nama blog. (ni pun teknik jahat SEO..huhuhu mohon bantuan).

Salam dan selamat berusaha.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA



Suatu hari..

Nabi bertanya: "Siapakah hamba Allah yg mulia?"

Sahabat menjawab: "Para Malaikat ya Rasulullah"
Sahabat: "Tentulah para Nabi, merekalah yg mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata: "Ya, mereka mulia tapi ada yg lebih mulia"

Para Sahabat terdiam lalu berkata: "adakah kami yg mulia itu ya Rasulullah?"

Nabi berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu p'juanganku, tetapi bukan kalian yg aku maksudkan..

Nabi menundukkan wajahnya, Baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata..

"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia2 yg lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian..mereka tidak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sgt rindu kpdku & saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA..MEREKALAH UMATKU!!

Pernahkah anda terfikir? bagaimana reaksi Rasulullah s.w.t apabila melihat umatnya pada zaman skrg ni?? adakah kita tergolong dlm golongan yg dimaksudkan oleh RASULULLAH itu? kita mengaku cinta kan AGAMA! kita mengaku cinta kan RASULULLAH! Tapi..hakikatnya?? apa buktinya??

(T_T) Selawatlah wahai teman...

Wednesday, November 21, 2012

GENCATAN SENJATA ISRAEL,HAMAS MULA BERKUATKUASA


gaza israel
Awal pagi tadi ( waktu Malaysia ) , gencatan senjata antara Israel dan juga Hamas ( Palestin)  mula berkuatkuasa . Berita gembira ini khabarnya hasil antara perbincangan Presiden Mesir dan juga Presiden Turki.
Peperangan sebelum ini menyaksikan 157 orang terbunuh susulan serangan Israel ke atas Gaza pada Rabu lalu.
Di bawah perjanjian itu, Israel dilaporkan telah bersetuju untuk mengakhiri kesemua bentuk sasaran pembunuhan manakala Hamas pula akan menghentikan serangan ke atas Israel. – WootMedia

MISTERI BAITULMAQDIS DAN HAIQAL SULAIMAN


Baitulmaqdis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud ‘tempat yang aman untuk didiami’.
Catatan sejarah menunjukkan kota ini telah diduduki manusia selama sekitar 5,000 tahun sekaligus merupakan antara kota yang tertua di dunia dan masih dihuni sehingga sekarang. Kota ini merupakan tempat pertembungan antara tiga agama samawi iaitu Islam, Yahudi, dan Kristian bahkan setiap agama mempunyai kawasan masing-masing di sekitar kota lama yang mengelilingi sebuah tanah tinggi yang terkepung dengan tembok yang tinggi lagi kukuh.

Masyarakat dunia menamakan kawasan tanah tinggi ini sebagai ‘Mount Temple’ disebabkan sejarahnya yang pernah menempatkan kuil Yahudi kuno iaitu dipanggil juga sebagai Haikal Sulaiman sebelum ia dimusnahkan, dibina semula dan sekali lagi dimusnahkan selepas kota ini dijajah oleh kerajaan-kerajaan yang berbeza.
Mengikut catatan sejarah, umat Islam pada era awal Islam dahulu menggelarkan kawasan di mana terletaknya ‘Mount Temple’ sebagai Madinah Baitulmaqdis yang membawa erti ‘City of the Temple’ yang mengambilkira akan kewujudan Haikal Nabi Sulaiman A.S yang menjadi tempat ibadat pertama kaum Yahudi sebelum dimusnahkan oleh orang Babylon pada tahun 586 sebelum Masihi.
Selepas kemusnahan pertama itu, Haikal ini dibina semula kira-kira selepas 70 tahun kemusnahan pertamanya apabila orang Babylon berjaya diusir, namun ia diruntuhkan kembali pada tahun 70 Masihi oleh Empayar Roman. Manakala kawasan kota yang wujud di sekeliling ‘Mount Temple’ ini dipanggil Iliya, berasal daripada nama ‘Aelia Capitolina’ yang diberikan semasa penjajahan orang Roman. Kawasan ‘Mount Temple’ pada asalnya agak tinggi dengan keadaan yang tidak rata tetapi pada tahun 19 sebelum Masihi, pemerintah ketika itu iaitu Herod the Great telah membina tembok tinggi mengelilingi kawasan ini lalu meratakan permukaannya di dalam kawasan tembok sepertimana keadaan sekarang.
Selepas pengislaman Kota Baitulmaqdis yang bermula ketika zaman khalifah Umar al-Khattab, nama ‘Mount Temple’ telah ditukarkan kepada Haram al-Sharif yang menggambarkan kedudukan kawasan suci ini yang mendapat tempat yang mulia di dalam Islam sementara kota disekitarnya inilah dinamakan Baitulmaqdis.
Pada Zaman Khalifah Sulaiman iaitu salah seorang khalifah di dalam era Turki Uthmaniyyah, beliau telah membina semula dinding seakan-akan sebuah tembok di sekeliling kota Baitulmaqdis. Sekarang ini Baitulmaqdis yang asal dirujuk sebagai kota lama Baitulmaqdis iaitu kawasan yang dikepungi tembok tadi. Di kota inilah terletaknya Masjid al-Aqsa yang telah disebut di dalam kitab suci al-Quran dan al-Hadis yang mana beribadat di dalamnya mendapat seribu ganda pahala berbanding di tempat-tempat lain.
Masjid al-Aqsa di dalam bahasa Arab bermaksud ‘masjid yang jauh’, merujuk pada jaraknya yang berjauhan daripada bumi Mekah yang menempatkan Masjid al-Haram. Di sini juga menjadi tapak kepada salah satu peristiwa terpenting di dalam Islam iaitu Isra’ dan Mikraj yang mana ketika itu, Nabi Muhammad S.A.W telah dinaikkan ke langit untuk menghadap Allah S.W.T. Baitulmaqdis juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah ke Mekah, iaitu kira-kira selama enam belas bulan. Kedua-dua peristiwa besar Islam ini iaitu pembinaan Masjid al-Aqsa dan peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku di atas tapak Haram al-Sharif.
Selain itu, Masjid Kubah Batu turut dibina berdekatan dengan Masjid al-Aqsa dan telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik semasa era Bani Umayyah. Diriwayatkan senibina masjid ini yang begitu indah dengan kubah berwarna keemasannya yang menonjol adalah untuk menyaingi kehebatan senibina gereja-gereja di sekitar Baitulmaqdis yang menjadi tumpuan ramai pelawat. Kini Masjid Kubah Batu menjadi antara monumen tertua orang Islam yang sangat dikenali.
Masjid ini mendapat namanya berikutan dipercayai didirikan di atas tapak batu terapung yang terjadi ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj. Ironinya batu ini juga dianggap suci oleh penganut Yahudi disebabkan kepercayaan bahawa ia merupakan pusat bagi ‘Mount Temple’ dan dianggap sebagai asas untuk pembinaan kuil mereka satu masa nanti.
Tetapi menurut catatan sejarah ketika Khalifah Umar al-Khattab r.a yang bertanggungjawab menjadikan Baitulmaqdis sebagai salah sebuah wilayah Islam, setibanya di kota ini beliau lalu bertanyakan mengenai batu yang menjadi tempatnya Baginda Rasul dinaikkan ke langit, lalu ditunjukkan oleh penduduk kota pada sebuah batu terbiar di atas tanah tinggi yang dikepungi oleh tembok. Lebih malang apabila kaum Yahudi mengotorkan kawasan itu dengan najis dan sampah sarap sebagai tanda penghinaan kepada lokasi peristiwa Isra’ Mikraj itu. Khalifah Umar membersihkan kawasan itu bersama-sama dengan orang Mukmin yang lain dan membina Masjid al-Aqsa buat kali pertamanya di bumi Baitulmaqdis itu
Masyarakat Yahudi menganggap Haikal ketiga dan sepatutnya menjadi yang terakhir seharusnya dibangunkan di atas lokasi yang sama iaitu Haram al-Sharif bahkan perkara yang sama turut dicatatkan di dalam kitab Injil. Perebutan tapak suci inilah yang menjadi teras konflik antara Islam dan Yahudi selanjutnya menjadikan kawasan suci ini sebagai tempat krisis yang masih belum selesai sehingga sekarang.
Salah satu tembok yang mengelilingi Haram al-Sharif ini, iaitu tembok di bahagian barat ataupun ‘Western Wall’ ini menjadi tempat suci bagi penganut Yahudi. Tembok yang dibina lebih daripada 2,000 tahun yang lampau ini merupakan satu-satunya bahagian Haikal kedua mereka yang masih wujud. Mereka menganggap Tuhan mereka berada di sebalik tembok itu dan pandangan mereka terhalang disebabkan dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Oleh kerana itu lokasi ini menjadi tempat mereka beribadat dan meratap di atas dosa-dosa yang mereka lakukan dan amalan ini masalah berlangsung sehingga sekarang ini, susulan dengan itu kadang-kadang tembok ini juga dirujuk sebagai ‘Wailing Wall’ ataupun tembok ratapan.
Mengikut agama Kristian pula, Baitulmaqdis juga mendapat kedudukan yang mulia dan dianggap sebagai tanah suci mereka. Nabi Isa A.S yang dilahirkan di Baitullaham iaitu sebuah bandar yang berhampiran dengan Baitulmaqdis terus dibawa ke Baitulmaqdis sebaik sahaja dilahirkan. Semasa remajanya, penganut Kristian percaya bahawa Nabi Isa A.S pernah berkhidmat untuk mencuci Haikal kedua yang pada ketika itu masih tertegak utuh di Baitulmaqdis. Selain itu juga, peristiwa penyaliban dipercayai berlaku di dalam kawasan Baitulmaqdis tetapi lokasi yang tepat masih lagi menjadi pertikaian sarjana-sarjana Kristian.
Pendapat yang paling diterima ramai adalah peristiwa itu berlaku pada tapak di mana tertegaknya sebuah gereja yang dianggap paling suci oleh penganut Kristian iaitu Gereja ‘Holy Sepulchre’, salah sebuah gereja di dalam kawasan kota lama. Di sini juga dianggap sebagai lokasi orang yang mereka percayai sebagai Nabi Isa A.S dimakamkan. Kota Baitulmaqdis sehingga kini masih menerima pengunjung Kristian yang ramai dari seluruh dunia terutamanya menjelang musim Easter.
Perang Salib yang berlaku pada 1099 Masihi juga menunjukkan keazaman penganut Kristian untuk menawan tanah suci ini daripada penguasaan orang Islam dan mereka telah berjaya menduduki kota ini selama kira-kira 200 tahun sehinggahlah kota ini dibebaskan oleh panglima Islam yang unggul iaitu Salahuddin al-Ayubbi pada tahun 1187 Masihi. Diriwayatkan bahawa ketika tentera salib dihalau sepenuhnya dari kota, Salahuddin al-Ayubbi sendiri yang membersihkan Masjid al-Aqsa yang dijadikan kandang kuda oleh tentera salib, manakala Masjid Kubah Batu yang dijadikan sebagai gereja dikembalikan fungsinya sebagai sebuah masjid.
Penguasaan orang Islam berterusan sehinggalah ke akhir zaman Khalifah Uthmaniyyah yang menyaksikan Baitulmaqdis dikuasai oleh British sehinggalah mandat penguasaan itu tamat. Kewujudan negara Israel pada tahun 1948 menyaksikan peperangan antara Arab dan Yahudi berlaku untuk menguasai wilayah Palestin yang ketika itu dibahagikan secara berat sebelah oleh badan dunia PBB.
Penduduk Arab yang mewakili dua pertiga diperuntukkan hanya sepertiga kawasan sementara sepertiga Yahudi mendapat selebihnya tanah Palestin. Ketika itu PBB mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai wilayah antarabangsa tetapi pertempuran tentera Israel dan Arab menyebabkan bahagian barat kota jatuh ke tangan Yahudi dan diisytiharkan sebagai ibu kota negara Israel tetapi tidak diiktiraf oleh dunia.
Bahagian timur Baitulmaqdis dikuasai oleh negara Jordan, termasuklah kawasan kota lama Baitulmaqdis ini. Sehingga waktu ini, Haram al-Sharif merangkumi keluasan hampir seperlima daripada keluasan kota lama Baitulmaqdis masih dikuasai oleh orang Islam.
Kota lama Baitulmaqdis terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian pertama adalah bahagian orang Islam iaitu bahagian yang terbesar antara kesemua bahagian, Kompleks Haram al-Sharif adalah sebahagian daripada kawasan orang Islam. Bahagian kedua adalah bahagian Yahudi dan selebihnya merupakan bahagian Kristian dan bahagian Kristian Armenia, iaitu bahagian yang paling kecil antara semua. Walaupun Orang Armenia juga merupakan penganut Kristian, tetapi mereka mendapat kawasan mereka sendiri di dalam kota dan bilangan mereka juga hanya kecil jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain. Ketika Jordan menguasai kota lama, penganut Yahudi tidak dibenarkan beribadat di sekitar ‘Western Wall’ ataupun tembok ratapan itu dan kebanyakan tempat ibadat Yahudi ditutup dan sebahagian bahagian orang Yahudi di kota lama turut menempatkan penduduk Arab yang menjadi pelarian akibat wilayah mereka dirampas oleh Israel.
Tetapi perang pada tahun 1967 merubah lanskap kota ini sampai sekarang. Penglibatan Jordan di dalam perang negara-negara Arab dengan Israel menyebabkan bahagian timur kota ini jatuh ke tangan Yahudi, lebih teruk apabila wilayah Palestin yang selebihnya turut jatuh bersama sehinggalah ke Tebing Barat Sungai Jordan. Mesir pula kehilangan Semenanjung Sinai dan Genting Gaza sementara Syria terlepas Tanah Tinggi Golan.
Bermulanya kejatuhan Baitulmaqdis ini menyaksikan banyak pencabulan dilakukan oleh bangsa Yahudi ke atas Baitulmaqdis. Antaranya menjadikan kawasan ‘Western Wall’ sebagai tapak ibadat mereka selain pembinaan penempatan haram Yahudi yang mengelilingi kejiranan Arab di dalam usaha memastikan kota ini didominasi secara penuh oleh Yahudi. Penempatan masyarakat Yahudi turut dibina di dalam bahagian orang Islam.
Rumah-rumah penduduk Palestin dirampas dan digantikan dengan perumahan Yahudi. Lebih teruk lagi apabila kerajaan Israel meluluskan akta yang menggabungkan timur dan barat Baitulmaqdis sebagai satu kota dan menjadi ibu kota Israel yang rasmi menggantikan Tel Aviv yang sebelum ini menempatkan kedutaan-kedutaan asing. Pejabat Presiden dan Perdana Menteri, kediaman Presiden dan Perdana Menteri, bangunan Parlimen, Mahkamah Agung dan kementerian-kementerian Israel semuanya dipindahkan ke Baitulmaqdis secara beransur-ansur.
Masjid al-Aqsa juga beberapa kali telah dicabuli termasuklah dibakar oleh fanatik Yahudi sehingga membawa kemusnahan mimbarnya. Paling diingati adalah peristiwa yang berlaku pada tahun 2000, lawatan penuh provokasi Perdana Menteri Israel ketika itu iaitu Ariel Sharon ke kompleks Haram al-Sharif. Untuk rekod, Ariel Sharon terlantar koma akibat serangan strok semasa masih bertugas sebagai Perdana Menteri pada tahun 2006 dan masih tidak sedarkan diri.
Perlu diingatkan bahawa walaupun Israel menguasai kota ini secara total namun pengawalan kompleks Haram al-Sharif diberikan kepada badan Islam sebagai kawasan wakaf dan juga Raja Jordan dianggap sebagai penjaga Masjid al-Aqsa. Bendera negara Israel juga tidak dibenarkan dikibarkan di sekitar Haram al-Sharif. Penganut agama lain juga dilarang memasuki kompleks suci ini dan askar-askar serta polis Israel berkawal di pintu masuk dan pengunjung mesti membuktikan mereka ini adalah Islam sebelum memasuki kompleks untuk beribadat. Langkah ini diambil bagi mengelakkan terjadinya pertikaian seterusnya membawa kepada pertumpahan darah memandangkan lokasi ini amat sensitif bagi semua penganut agama samawi.
Namun sampai bilakah langkah ini berterusan menjadi tanda tanya memandangkan sikap kerajaan zionis Israel sendiri yang suka melakukan provokasi ke atas penduduk Palestin dan pengyahudian Baitulmaqdis bukan lagi sesuatu agenda yang rahsia.
Hari ini, Kota Baitulmaqdis masih berada di bawah kekuasaan bangsa Yahudi yang menyimpan impian untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa yang mahu digantikan dengan Haikal ketiga mereka yang dipercayai menjadi Haikal terakhir mereka, malahan mereka bertungkus lumus melakukan aktiviti carigali di sekitar kompleks Haram al-Sharif untuk menguatkan dakwaan pemilikan mereka ke atas kawasan suci itu sebelum terbinanya masjid-masjid di atasnya.
Mengikut berita yang tersebar luas, mereka melakukan penggalian di bawah tapak masjid sehingga meletakkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di dalam risiko keruntuhan akibat aktiviti yang kononnya berlandaskan kerja-kerja arkeologi itu. Kaum Yahudi kelihatan begitu teruja untuk merealisasikan pembinaan Haikal Sulaiman mereka itu, bagi mereka pembinaan itu adalah sesuatu yang menjadi tuntutan agama mereka dan perlu dilaksanakan, yang menjadi persoalan hanyalah bila Haikal Sulaiman itu akan dibangunkan?

RESCUE GAZA ~ GAMBAR PM ISRAEL LARI DISERANG HAMAS

gaza
Gambar Benjamin Netanyahu lari ketika diserang (Israel laknatullah)
"Hamas mengejutkan kita kali ini dengan serangan terhadap Tel Aviv dan yang lebih jauh kemampuan mereka menyerang jajahab Israel di utara (Al-Quds)."

roket palestin
Roket Al-Qassam

Dikhabarkan juga roket Al-Qassam ini telah sampai menghampiri parlimen Knesset. Roket HAMAS ini juga telah sampai ke rumah Menteri Luar Israel. Sementara Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pula kini sedang bersembunyi apabila roket yang dilancarkan Briged Al-Qassam banyak mengenai sasaran di Tebing Barat.

Allahuakhbar..

**Ini adalah salinan tidak tahu kesahihan berita ini. Semoga ianya benar-benar terjadi. Selamatkan bumi Palestin. Allahuakhbar!!

GAMBAR! TAK MENJADI NAK JATUHKAN USTAZ AZHAR IDRUS


Assalamualaikum,

Geli perut sebab pagi-pagi lagi dah timbul isu yang tak berapa nak cerdik ni. Hamba Allah ni dah buat kecoh dekat facebook mengenai anak kesayangan ustaz Azhar Idrus ni. Manusia zaman sekarang tak habis-habis dengan sikap nak menjatuhkan air muka..Lihat pada gambar, sebelum tu ustaz Azhar pernah dituduh makan dekat mcDonald., tapi ada yang terbaru tuduh anak ustaz Azhar tak pakai tudung? tak pakai tudung? ape? tak pakai tudung? hahaha lawak-lawak...keje sape la ni an....tgok DP facebook pn dah tau..
ustaz azhar idrus
gambar yang didakwa
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, anak ustaz Azhar ni sebenarnya bukan perempuan sebaliknya adalah lelaki, anak lelaki yang bernama Rasydan Ash..Ke mmg zaman sekarang lelaki kena pakai tudung? keh3...

PS: mohon tukar dp facebook...

LAMAN SOSIAL BAHARU SEHEBAT FACEBOOK DILANCARKAN 20/11/2012

Salam kepada kaki laman sosial...

yousays.net


Gempak jugak ni. Hari ini (20 Nov 2012) satu laman sosial terbaru dilancarkan dengan rasmi iaitu yousays.net. Oleh kerana hari pertama kali digunakan, saya tidak boleh nak olah panjang-panjang sangat. Apa yang boleh dikatakan ia juga menarik. Kenapa? Jom tengok ni..
Terdapat benda-benda baru seperti Forum dan Blogs. Apa yang menarik minat saya ialah blog. Buat masa tiada siapa yang terer guna laman sosial baru ni. Saya cuma iklankan sahaja. Hehe...

social network

Jom register sekarang... :)

RINTIHAN ANAK MUDA PALESTIN (Bahasa Melayu)


Terima Kasih kepada Tecer Widad Mohamad kerana telah menterjemahkan rintihan ini.

Oleh: Raneen Haddad, 19 tahun.

Tentera israel telah menjatuhkan bom di sebuah tanah lapang bersebelahan dengan tingkap ruang tamu malam tadi. Ia telah menyebabkan seluruh rumah terbakar. Bunyi yang terhasil sangat kuat seperti bom tersebut jatuh di atas kami. Saya terdengar bunyi tingkap yang berderai dan semua benda jatuh ke lantai.Tetapi saya tidak mampu membuat apa-apa. Hendak meninggalkan bilik tempat kami bersembunyi juga tidak mampu.

"Bukan kami sahaja (yang menjadi mangsa). Setiap yang tinggal di Gaza sedang menderita dengan nasib yang sama. Pada hemat saya, perbuatan seperti ini adalah jenayah yang sangat besar, penuh dengan kebencian yang pernah di lakukan sesama manusia. Dalam tempoh 3 hari, lebih dari 900 serangan udara. Jumlah kematian rakyat Palestin seratus kali lebih ramai dari penduduk Israel.

Adakah saya perlu luahkan apa yang kami (Gaza) rasa setiap kali terdengar bunyi roket Israel? Ketakutan yang ada di dalam hati kanak-kanak ? Dan juga ketidakmampuan ibu bapa kami untuk melindungi kami?

"Kami rakyat Palestin bukan pengganas, kami menentang penjajahan Israel. Jika seseorang mengambil tanah anda secara paksa, dan secara sistematik mengawal keseluruhan komuniti dengan tembok, pos pemeriksaan, memusnahkn universiti, sistem kumbahan dan ekonomi, apa yg bakal kamu lakukan ?


Tuesday, November 20, 2012

PENGAKUAN HACKER!! CARA AKAUN FACEBOOK DI HACK


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pertama sekali saya menulis artikel Cara Akaun Facebook di Hack adalah bertujuan untuk membongkarkan bagaimana para hackers atau penggodam akaun facebook berjaya masuk ke dalam akaun facebook anda. Jangan salah faham, saya bukan untuk mengajar anda cara hack akaun facebook tetapi cuba memberitahu bagaimana mereka berjaya masuk ke dalam akaun facebook anda dan ianya memberi sedikit manfaat kepada supaya anda lebih berhati-hati selepas ini.

Saya percaya, ramai yang saya dengar komplen dari rakan-rakan facebook mengeluh akibat akaun facebook pernah di hack oleh para hackers. Tahukah anda, penting!! Sebenarnya sangat sukar untuk hack akaun facebook dan ia adalah sangat mustahil kecuali anda sendiri yang membantu mereka tanpa anda sedari seperti klik pada mana-mana link dan masukkan email dan password. Ok, saya akan terangkan secara kasar cara akaun facebook di hack oleh para hackers.

Langkah Pertama

Pernahkah anda menerima link yang tidak dikenali dan bila anda klik akaun facebook anda akan terus ke page index (laman utama facebook). Secara tidak langsung anda akan masukkan semula email dan password untuk login balik. Maka ianya berjaya!!

Macamana dia buat??

Hackers akan mencipta satu laman web mereka sendiri dimana paparan laman web mereka saling tak tumpah 100% sama seperti laman utama facebook yang original (login page). Lihat contoh laman web mereka.
hack facebook
Contoh laman web facebook yang palsu
Cuba perhatikan betul-betul pada URL laman web mereka, ianya palsu bukan. Sepatutnya URL adalah www.facebook.com. Ini bermaksud mereka cuba memaksa anda memasukkan email dan password ke dalam laman web facebook palsu tanpa anda sedari.

Langkah Kedua.

Di sini mereka akan mula mencari mangsa. Mereka akan hantar link URL laman web facebook palsu kepada mangsanya melalui ruang chatting atau pelbagai kaedah lagi mereka gunakan. Apabila anda klik, anda ingat telah meng-logout-kan akaun facebook anda (sebenarnya itu adalah laman web palsu hackers). Konon-kononya la. Seperti yang bagitahu, mesti anda akan login balik akaun facebook dengan memasukkan email dan password. Setelah anda login, maka secara berjayanya email dan password anda akan tersimpan ke dalam database laman web palsu tersebut.

Peringatan Sila Kongsikan Kepada Rakan Facebook!!
Jangan klik pada mana-mana link URL yang mencurigakan. Sekiranya terklik jugak, pastikan anda perhatikan pada URL laman utama facebook seperti yang tertera pada gambar dan jangan masukkan email dan password.

Sila tinggalkan komen atau follow blog (ruang bawah) sebagai penghargaan membongkarkan rahsia ini. Terima kasih

Monday, November 19, 2012

RESCUE GAZA ~ KHABAR GEMBIRA BUAT SELURUH UMMAT ISLAM

Alhamdulillah...Khabar gembira buat ummat Islam di seluruh dunia, buat kali pertama kapal perang Israel berjaya di tembak oleh Brigade Izzuddin Al-Qassam, pasukan ketenteraan Hamas berhasil menembak pagi ini Ahad (18/11) kapal perang Israel yang berada di kawasan berhampiran pantai Gaza dengan lima roket 107.



Maklumat ini di maklumkan oleh pejuang Al-Qassam yang menyatakan bahwa pagi ini mereka melepaskan lima roket 107 ke arah kapal perang Israel, susulan dari itu media Israel menegaskan bahwa lima roket darat laut dilepaskan ke pantai Gaza. Namun mereka belum memaklumkan berapa jumlah dari tentera mereka yg terkorban atau luka di kalangan pasukan laut Israel.Mereka sedang menggali kubur besar untuk tentera Israel kali ini, yang pasti Mesir dan Turki sudah bersedia utk menyertai peperangan ini. Doakan kemenangan Islam yg sedang menghampiri.

Turki dan Mesir menyatakan kesediaan menyertai Tentera Hamas berperang menentang Rejim Zionis Yahudi Laknatullah.. Alhamdulillah satu kesedaran dan tanggungjawab sesama Saudara setelah pertukaran kerajaan Sekular/Liberal kepada pegangan Islam yang mewajibkan mempertahankan saudara yang terdesak.. Semoga Allah merahmati mereka yang bersama orang palestin.. Allahuakbar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...